Sunday, June 15, 2008

PERATURAN PERMAINAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

2. PENDAFTARAN PERMAINAN/PEMBENTUKAN PASUKAN
2.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain.
2.2 Pendaftaran pemain hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa Pengelola sebelum
pertandingan pertama dimulakan.
2.3 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan
bermain dalam pertandingan ini.
2.4 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mempunyai “Libero” semasa pertandingan dijalankan.

3. SISTEM PERTANDINGAN
3.1 Pusingan awal ditentukan dengan dua (2) set dari 3 permainan
3.2 Keputusan perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir ditentukan dengan tiga (3)
kemenangan dari lima (5) permainan.

4. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
4.1 Cara memberi mata:
Menang- 2 mata
Kalah - 1 mata

4.2 Jika terdapat pasukan-pasukan mendapat jumlah mata, maka pemenang akan ditentukan
mengikut kaedah berikut:
4.2.1 Nisbah set tertinggi (s)
S = Jumlah set menang (semua perlawanan)
Jumlah set kalah (semua perlawanan)
4.2.2 Jika masih seri, kaedah kedua akan digunakan
(M = Nisbah mata)
M = Jumlah mata menang (semua perlawanan)
Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
4.2.3 Jika masih seri,
S1 = Jumlah set menang (Antara pasukan terlibat)
Jumlah set kalah (Antara pasukan terlibat
4.2.4 Jika masih seri,
M1 = Jumlah mata menang (Antara pasukan terlibat)
Jumlah mata kalah (Antara pasukan terlibat
4.2.5 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan,
maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua-
dua pasukan tersebut akan diambl kira. Pasukan yang pernah
menang diperlawanan tersebut dikira menang.
4.2.6 Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3)
atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.

5. PAKAIAN
5.1Pakaian yang bersesuaian dengan permainan bola tampar
5.2 Pakaian seragam mengikut peraturan FIVB.

6. KELEWATAN
Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat dan
selepas itu lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 25-0, 25-0.

7. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN
7.1 Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai permainan disebabkan oleh
keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat
dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan
kedua-dua pasukan, sekiranya tidak melebihi 4 jam keputusan berikut diikuti semula.

7.1.1 Sekiranya bermain semula digelanggang yang sama set yang tergendala akan disambung
semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama.
7.1.2 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya.
7.1.3 Sekrianya perlawanan dimainkan digelanggang lain, set yang sedang dimainkan dikira batal
dan dimainkan semula dengan pemain-pemain yang sama.
7.1.4 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya.

7.2 Sekiranya gangguan perlawanan melebihi 4 jam, keseluruhan perlawanan dimainkan semula.

No comments: